Hmm tak ada kasut yang sesuai nak pakai....
Hmm dah pukul 7 p.m lah, dah nak maghrib, orang tua kata tak baik keluar sekarang...
Hmm lutut sakit lah bila jogging nanti, esok aku nak kerja nanti tak concentrate kerja...
Hmm azam tahun depan aku nak jogging, nak kurus kan badan lah....
Hmm kenapa aku jogging tiap-tiap hari tapi perut aku tak kempis-kempis ni!!!
Hmm malas lah nak keluar hari ni
Pernah tak korang guna semua alasan ni untuk mengelak melakukan aktiviti paling mudah untuk menyihatkan badan. Hmm masalahnya aku selalu menggunakannya...... Sekarang dah macam ketagih nak jogging pulak tiap-tiap minggu, tak kira dah malam ke atau masih Subuh. Kalau kita selalu memberi alasan untuk melakukannya, kita akan cuba mencari alasan yang baru untuk menggantikan alasan yang kita pernah guna sebelumnya. Sekarang, aku dah tak cari alasan lagi, aku pakai jer kasut jogging tu, bukak pintu terus lari...... sekarang ni, aku rasa makin sihat, stamina pun dah ada.
Moralnya, jangan fikir banyak-banyak, nak jogging ke tak? jogging jer kalau korang nak nampak fit selalu huhuhuhuhu.
hahahaha
ReplyDeletelepas baca nih terus rasa nak jogging tahun depan
tgok la kalau rajin
ekekekkke
tapi tgok pic ekau dekat atas nih rasa2nya dah fit dah nih
xada gemuk pun
tapi untuk kesihatan memang baik lah kan?
P/S : Misteri Danella : "Danella Cakap Dengan Siapa?"
Adesss terasa ai..huhuh
ReplyDeletedulu tiap2 ptg jogging...
skang dh lama tggal..
asik dok menternak badan...
nak jogging la thn dpn.. :P