Pages

Thursday, April 28, 2011

Yeehaaaa, dah lepas azab

Berakhir sudah penyeksaan ku. Secara rasminya aku dah tak pegang jadual lagi..... B.E.S.T!!!!
Walaupun aku rasa, masa puasa ni aku jugak yang amik balik tapi masih lambat lagi.... aku ada masa 4 bulan lebih untuk rasa kebebasan ini HAHAHAHAHAHAHAHA

Bukannya tak suka pegang jadual, biasa-biasa je, tapi masalahnya dah lama sangat, dah 3 tahun dah, kasi la sikit masa untuk aku rehat jap dari mengurus masa mereka hahaha, bermadah lak. Orang kata sharpen the saw......

Tapi tak bermakna aku sekarang bebas 100%, sebabnya ada banyak lagi benda baru yang kena belajar.... nak uruskan duit lak ahaiii. Takpe tak kisah janji aku dan jadual di pisahkan hahaha, SUKAAAANYAAAA

Wednesday, April 27, 2011

Lens Dah cukup

Sekarang ni, aku dah ada semua lens yang aku nak pakai. Aku rasa aku tak nak beli makro sangat sebab makro ni susah sikit lah. Yang aku ada bukan la yang mahal mana pun, mana yang aku mampu jer. Lepas ni dah taknak beli lagi, kalau nak beli pun aku nak beli yang 18mm-200mm, sebabnya senang kalau nak travel jauh... tak yah bawak banyak-banyak huhuhuhu. wide lens macam menarik tapi M.A.H.A.L. Tak larat nengok harga lens tu... fening kepala terus huhuhuhuhu.

Hari ni dengan jayanya telah membeli lens 55mm-250mm. Lens ni tak la sehebat mana tapi mencukupi untuk aku guna sebagai unjuran dari lens kit aku asal (18mm-55mm). Sebab kenapa aku beli adalah kerana masa Showcase Dance Kat UM aritu, aku tiba-tiba terasa macam terkongkong sebab takleh nak pergi dekat-dekat dengan pentas, sebab banyak VIP. Panas jer tengok orang pakai 200mm ngan 300mm. Abang Lat punya takyah tanya la kan. Jadi dengan tiba-tiba mendapat hidayah untuk membeli lens yang baru....... Tak sabar nak guna untuk show-show akan datang.

Maka dengan itu, sekarang ni tengah giat belajar macam mana nak freeze pergerakan penari, pada masa yang sama dapat menangkap segala detail pada baju dan ekspresi muka penari...... Kalau setakat guna kit lens, hampir mahir dah tapi masih perlu diasah lagi, tapi kalau nak zoom-zoom dari jauh ni masih baru lagi..... jadi sesiapa yang boleh ajar tu, sila-sila kan lah ye huhuhuhuhuhuhuhhu..... Sekian

Thursday, April 21, 2011

Melaka oh Melaka



Cuti-cuti ni pergi jalan-jalan pun bestkan... Jadi kali ni aku pergi Melaka, rumah paklong aku. Masa pergi tu pun kurang sihat, macam kena selsema, sakit satu badan. Lemau 24 jam.

Tapi masa kat sini aku ayik merayau je ngan paklong and maklong. Tak pernah aku nengok orang yang rajin pergi cari tempat makan, merata diorang bawak, semua gerai yang feveret paklong aku dia bawak pergi. Alkisahnya, perut dok kembung sebab sekarang ni dah jarang-jarang makan tak tentu masa. Tapi orang dah ajak, pepatah cakap rezeki jangan ditolak kan....

Sekarang ni aku dah nak balik kampung (Rembau). Tapi sekejap lagi paklong nak bawak makan kuih kat kedai untuk makan petang.... hmmm macam-macam , apa-apa pun kali ni banyak aku tahu tentang paklong yang selama ni belayar je 2-3bulan kat laut, jumpa pun jarang-jarang....

Tq paklong and maklong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...