Pages

Friday, July 22, 2011

Divas and Devas

Sabtu dan Ahad yang lepas menyaksikan persembahan tarian dari 10 orang choreographer dari Astana Studio, yang terletak di Brickfield. Persembahan di adakan di Actor Studio Lot 10 dimana mereka mempamerkan gerakan dari tarian Indian klasikal dan kontemporori.

This was writen on our first date at nasi ayam hainan if you remember it..... (2014)

Monday, May 30, 2011

Eureka!!


Godek punya godek, akhirnya aku dah memahami Adobe. Sekarang ni cam senang je nak melukis. Kat atas adalah hasil lukisan aku yang kelima setelah mencuba beberapa kali untuk memperbaiki stroke colouring huhuhuhuhu. Kat bawah lak adalah hasil lukisan setelah berhempas-pulas memahami konsep layering.... senang jer rupanya hahuhuhuhu

Wednesday, May 11, 2011

Hello Stranger

Sudah lama tak tengok cerita romantik komedi yang best since While You Were Sleeping lakonan Sandra Bullock dengan Bill Pullman. Cerita ni dah lama dah, dan sesiapa yang pernah tengok pasti rasa ada sesuatu dengan cerita ni.

Tapi hari ni aku tengok pulak cerita Hello Stranger, cerita Thailand. Tak sangka inti patinya sama dengan cerita WYWS. Cerita-cerita romantik yang lain yang aku tengok sebelum ni semuanya macam kosong jer, tak ada mesej yang tertentu. Tapi cerita ni memang best, aku memang sarankan orang lain pergi tengok ye huhuhuhuhu.

Monday, May 9, 2011

Tahniah Adik, Selamat Pengantin Baru



Kepada kawan aku sorang ni, aku nak ucapkan selamat pengantin baru ye. Walaupun majlis ni di buat di Batu Pahat, aku tetap gagahkan jua nak pergi, hmm tido pun 15 minit je sebab balik latenite. Tapi apa-apa pun tahniah dan moga berkekalan hingga ke anak cucul

Thursday, April 28, 2011

Yeehaaaa, dah lepas azab

Berakhir sudah penyeksaan ku. Secara rasminya aku dah tak pegang jadual lagi..... B.E.S.T!!!!
Walaupun aku rasa, masa puasa ni aku jugak yang amik balik tapi masih lambat lagi.... aku ada masa 4 bulan lebih untuk rasa kebebasan ini HAHAHAHAHAHAHAHA

Bukannya tak suka pegang jadual, biasa-biasa je, tapi masalahnya dah lama sangat, dah 3 tahun dah, kasi la sikit masa untuk aku rehat jap dari mengurus masa mereka hahaha, bermadah lak. Orang kata sharpen the saw......

Tapi tak bermakna aku sekarang bebas 100%, sebabnya ada banyak lagi benda baru yang kena belajar.... nak uruskan duit lak ahaiii. Takpe tak kisah janji aku dan jadual di pisahkan hahaha, SUKAAAANYAAAA

Wednesday, April 27, 2011

Lens Dah cukup

Sekarang ni, aku dah ada semua lens yang aku nak pakai. Aku rasa aku tak nak beli makro sangat sebab makro ni susah sikit lah. Yang aku ada bukan la yang mahal mana pun, mana yang aku mampu jer. Lepas ni dah taknak beli lagi, kalau nak beli pun aku nak beli yang 18mm-200mm, sebabnya senang kalau nak travel jauh... tak yah bawak banyak-banyak huhuhuhu. wide lens macam menarik tapi M.A.H.A.L. Tak larat nengok harga lens tu... fening kepala terus huhuhuhuhu.

Hari ni dengan jayanya telah membeli lens 55mm-250mm. Lens ni tak la sehebat mana tapi mencukupi untuk aku guna sebagai unjuran dari lens kit aku asal (18mm-55mm). Sebab kenapa aku beli adalah kerana masa Showcase Dance Kat UM aritu, aku tiba-tiba terasa macam terkongkong sebab takleh nak pergi dekat-dekat dengan pentas, sebab banyak VIP. Panas jer tengok orang pakai 200mm ngan 300mm. Abang Lat punya takyah tanya la kan. Jadi dengan tiba-tiba mendapat hidayah untuk membeli lens yang baru....... Tak sabar nak guna untuk show-show akan datang.

Maka dengan itu, sekarang ni tengah giat belajar macam mana nak freeze pergerakan penari, pada masa yang sama dapat menangkap segala detail pada baju dan ekspresi muka penari...... Kalau setakat guna kit lens, hampir mahir dah tapi masih perlu diasah lagi, tapi kalau nak zoom-zoom dari jauh ni masih baru lagi..... jadi sesiapa yang boleh ajar tu, sila-sila kan lah ye huhuhuhuhuhuhuhhu..... Sekian

Thursday, April 21, 2011

Melaka oh Melaka



Cuti-cuti ni pergi jalan-jalan pun bestkan... Jadi kali ni aku pergi Melaka, rumah paklong aku. Masa pergi tu pun kurang sihat, macam kena selsema, sakit satu badan. Lemau 24 jam.

Tapi masa kat sini aku ayik merayau je ngan paklong and maklong. Tak pernah aku nengok orang yang rajin pergi cari tempat makan, merata diorang bawak, semua gerai yang feveret paklong aku dia bawak pergi. Alkisahnya, perut dok kembung sebab sekarang ni dah jarang-jarang makan tak tentu masa. Tapi orang dah ajak, pepatah cakap rezeki jangan ditolak kan....

Sekarang ni aku dah nak balik kampung (Rembau). Tapi sekejap lagi paklong nak bawak makan kuih kat kedai untuk makan petang.... hmmm macam-macam , apa-apa pun kali ni banyak aku tahu tentang paklong yang selama ni belayar je 2-3bulan kat laut, jumpa pun jarang-jarang....

Tq paklong and maklong

Wednesday, February 9, 2011

Angpau RM200

Dua hari ni, mengalami migrain yang menyebabkan otak lambat untuk berfikir. Apa-apa keputusan nak buat semuanya jadi lembab huhuhuhu. Macam ni lah agaknya kalau server down, agaknya huhuhu.

Tapi agak menggembirakan bila hari tu masa aku pergi dinner ngan family, aku terima angpau yang bernilai RM200, macam tak percaya pulak. Thank you Uncle Albert sebab dah banyak tolong kitorang. Terus cover segala expenses, Simsim pun dengan ini boleh merasa untuk makan Science Diet for a change yeahhh....

Tapi bagi aku tahun ni Tahun Baru China agak bosan sikit, entahlah, mungkin sebab aku tak sambut pun CNY tapi boleh rasa kehambarannya. Mercun kurang bunyi, deco pun tak meletup sangat, and I'm wondering why? Adakah tahun baru cina disambut dengan meriah di tempat anda pula....

Overall, CNY ni memang menguntungkan aku walau pun masalah staffing ditempat kerja menemui jalan buntu sekali lagi, to all Malaysian that celebrate Chinese New Year, may you have a prosperous year in 2011.....

Tak sangka tahun2104 baru la publish post ni.... how  time flies without you realising it....

Friday, January 28, 2011

ICT and CAT

Hari tu bawak Simsim Pergi jalan-jalan kat I-City. Saja je bawak jalan-jalan sebab boring duduk rumah. Nasib Baik lah Simsim ni seekor kucing yang baik. tak meragam langsung dalam kereta. Tapi lepas balik dari sana, rajin nya mengikut ke pintu, dia ingat kita nak bawak di jalan-jalan lagi........ Maybe lain kali ekk Simsim



Friday, January 21, 2011

Puding roti buah badam

Terima kasih kepada Kak Hazila sebab buat post yang menarik mengenai resepi-resepi yang mudah dan ringkas. Setelah membaca blog beliau, saya telah memberanikan diri untuk mencuba puding roti dia. Hmmm sedap, dan memuaskan, simple dan senang nak dibuat..... meh la ziarah blog beliau di http://hazila.blogspot.com/

Wednesday, January 5, 2011

Masalah nak post dengan Chrome

Sekarang ni kalau nak blogwalking, aku pakai Chrome sebab lebih cepat. Kalau nak post entry kena guna Mozila sebab tak boleh nak compose font samada nak besar atau colour. Kenapa masalah macam ni terjadi ek? Dah cek Html, yelah kan banyak sangat edit tapi rasanya tak ada lah pulak tukar apa-apa. Lagi satu kenapa ngan Mozila boleh tukar font and add colour.... pelik lah....

Tapi makin hari makin kerap nak berbloging sebab kekadang tu asyik merenung kat skrin laptop ni. Dari buang masa merenung, baik taip jer apa-apakan, lagi pun Thought of the Day..... whatever came across my mind rite.....

But sekarang ni tengah nak menyelesaikan masalah posting ni, sapa-sapa yang pernah alami boleh tak share ngan aku huhuhuhu....... sekian selamat berblogging ye yeaaahh....

Tuesday, January 4, 2011

Mimpi ngeri!!


Permulaan penggal sekolah adalah satu pengalaman yang selalu di nanti-nantikan oleh murid-murid baru yang sangat teruja untuk menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Segala persiapan kelengkapan sekolah dan hari pertama bertemu kengkawan adalah satu pengalaman indah atau pun buruk bagi sesetengah orang..... yeehaaa, sekolah dah nak start niii.....

Hmmm bagi aku yang bekerja di restoran ni, permulaan penggal baru adalah satu MIMPI NGERI..... time ni lah availability semua orang yang aku ambil bekerja masa cuti sekolah jadi zero. Sekarang ni aku tengah pening kepala nak buat jadual HAHAHAHAHAH gelak macam orang gila HAHAAHAHAHAH, satu cara nak tenangkan fikiran yang tengah berserabut ni huhhuhuhu.




Oh tuhan tolong lah selesai masalah ni secepat mungkin...... kami dah tak larat lagi ..... por vabor ayudarme!!!! tasukete kudasai!!!! Help!!!!! Bachau!!!!! ko meng aaaaa !!!!!!!!!

Saturday, January 1, 2011

Kebulur....

Thaithai menunggu makanan depan pinggan dia.... aku lapar la....


Lama tak buat entry pasal my beloved cats.... Sim sim and Thaithai......
You two are the love of my life rite now .... muah.....

Adamaya: Kehilangan Satu Bakat

Hahahha akhirnya kita sudah pun berada di tahun 2011, mulakan lebaran yang baru, new chapter for the year huhuhu. Macam yang saya beritahu, semalam saya menyambut kedatangan tahun baru dengan bekerja, melayan pelanggan yang datang tak henti-henti. Bunga api kelihatan disetiap ruangan tingkap yang dapat melihatkan langit yang terbentang luas ....Boommm....Booommm.... BOOOOMMMMhttp://www.emocutez.com

Selamat tahun baru......

Tapi semua dikejutkan dengan berita kematian Faizal Yusof, pelakon drama Adamaya.... innalillah...... Ajal mati di tangan Tuhan yang maha kuasa........ semoga roh arwah berada dikalangan orang yang beriman amin......






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...