Pages

Friday, December 31, 2010

Catatan terakhir

Malam ni tak sempat nak buat entry kot sebab terpaksa bekerja sampai pagi esok... Hhuhuhuhu.
Sedih sedih sebab orang lain celebrate bagai nak rak... aku terpaksa berjuang bekerja huhuhuhu.
Tapi tak apa, lagi pun seronok sebenarnya kerja malam new year ni... dah tiga kali dah mengalaminya...... challenging!!!
http://www.emocutez.com
Apa yang diharapkan bermulanya tahun baru ni dengan permulaan yang baik. Diharap semua akan berjalan lancar untuk tahun hadapan. Maka dengan ini, berakhirlah catatan untuk tahun 2010.... bermulalah catatan 2011... kita lihat perkembangannya dalama masa setahun ini ek.... Kepada blogger-blogger senior di luar sana, marilah bantu saya ye.... saya pun nak jadi macam korang semua....... HUHUHUH

Thursday, December 30, 2010

Vampire Warriors

Tajuk macam best. Gambar iklan pun macam best. Tapi jalan cerita macam hampeh huhuhuhu. Jarang aku akan tertidur dalam panggung bila tengok wayang..... semalam adalah tidur yang paling nyenyak pernah aku alami huhuhu.

Kepada semua orang jangan tengok movie ni... bosan tahap gaban daaa ........

Tuesday, December 28, 2010

Jimat-cermat

Sekarang ni tengah berada di mode saving. Tengah nak kumpulkan duit balik huhuhuhu. Tapi yang penting semua benda yang nak dibeli dah ada huhuhuhu. Bukannya apa, konsep saya duit dalam tangan kena ada tiap-tiap akhir bulan... bukan baki gaji, tapi yang saving tu. sekarang ni saving pun dah depleted huuhuhuhu. bahaya ooo.

Kalau nak ikutkan hati nak je menderma dengan hati yang terbuka. Tapi, kalau diri sendiri tak lepas macam mana nak menderma..... betul tak. Tapi seingat saya kalau kita tolong orang dengan ikhlas, murah rezeki katanya..... ntah la, bagi saya kalau betul-betul nak tolong orang saya kena tolong diri saya sendiri. Kalau ada lebih tu barulah saya boleh tolong...... Masa tu baru lah rasa macam ikhlas sangat-sangat nak membantu....

Jadi disebabkan itu saya mengiystiharkan, tahun depan saya nak berjimat-cermat dalam berbelanja. Kepada kengkawan, kalau ajak saya keluar pergi mana-mana, kalau jawapan saya "terima kasih jelah" atau yang sewaktu dengannya.... diharap tak lah terguris ye..... Maka dengan rasminya azam tahun depan......
MENABUNG UNTUK MASA DEPAN.

Sunday, December 26, 2010

New Year Resolution

Menjelang sudah tahun baru bermula lah lebaran 2011. Apa lagi peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku sepanjang tahun baru ini. Adakah kita mengambil ikhtibar dari kesilapan keputusan yang telah kita ambil. Adakah kita berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi sepanjang tahun ini. Apakah perancangan kita di masa akan datang.?

Walau macam mana pun, 2010 telah hampir melabuhkan tirainya. Rasa sedih dan sebak pun ada. Setiap tahun ni lah perasan yang akan dialami, menjelang detik-detik akhir huhuuhuhu. tapi sebenarnya tak sabar nak tunggu 2011, tinggal 4 hari sahaja lagi yeayyy.

Korang pulak macam mana, apakah yang telah berlaku kepada anda sepanjang tahun ni.? Meh la kongsi yee. Azam baru..... nak cari jodoh huhuhuhuhu


Sunday, December 19, 2010

J.O.G.G.I.N.G!!!!

Hmm hari ni hujan lahh, esok je lah.....

Hmm tak ada kasut yang sesuai nak pakai....

Hmm dah pukul 7 p.m lah, dah nak maghrib, orang tua kata tak baik keluar sekarang...

Hmm lutut sakit lah bila jogging nanti, esok aku nak kerja nanti tak concentrate kerja...

Hmm azam tahun depan aku nak jogging, nak kurus kan badan lah....

Hmm kenapa aku jogging tiap-tiap hari tapi perut aku tak kempis-kempis ni!!!

Hmm malas lah nak keluar hari ni



Pernah tak korang guna semua alasan ni untuk mengelak melakukan aktiviti paling mudah untuk menyihatkan badan. Hmm masalahnya aku selalu menggunakannya...... Sekarang dah macam ketagih nak jogging pulak tiap-tiap minggu, tak kira dah malam ke atau masih Subuh. Kalau kita selalu memberi alasan untuk melakukannya, kita akan cuba mencari alasan yang baru untuk menggantikan alasan yang kita pernah guna sebelumnya. Sekarang, aku dah tak cari alasan lagi, aku pakai jer kasut jogging tu, bukak pintu terus lari...... sekarang ni, aku rasa makin sihat, stamina pun dah ada.


Moralnya, jangan fikir banyak-banyak, nak jogging ke tak? jogging jer kalau korang nak nampak fit selalu huhuhuhuhu.

Friday, December 17, 2010

Cherating again?

Sekarang ni tengah nak plan bila nak pergi cherating lagi. tempat tinggal dah tahu kat mana nak pergi. tengah simpan ongkos nak pergi. nak plan betul-betul bila nak pergi lagi ni huhuhuhu. tak sabar rasanya nak rehatkan minda di tempat yang jauh dari hiruk-pikuk dan keriuhan bandar.

Sebenarnya merehatkan minda ni penting untuk kita yang selalu bekerja, nak kumpul duit lah katakan. tapi sekarang baru terasa yang kalau asyik bekerja je, tak ada masa nak menikmati kehidupan. Bagi saya mendekatkan diri dengan alam sekitar adalah paling best sekali. sesetengah orang buat aktiviti lasak, tapi saya sayang nyawa saya huhuhuhuh. terpulanglah kepada sesiapa apa aktiviti yang mereka pilih untuk merehatkan minda.... kalau kitorang di Mcd ni, kami diajar untuk
"sharpen the saw"
. Istilah ni selalu kami gunakan, nanti-nanti lah kalau ada masa saya terangkan ekk....

Nuffnang oh Nuffnang

Rasa seperti bayi yang sedang belajar tatih dengan Nuffnang ni. Alangkah baiknya kalau ada yang sudi membantu saya yang baru nak berjinak-jinak untuk berblogging ni huhuhuhu.

Tapi walau macam mana pun, akan saya usahakan jugak untuk memahaminya, pepatah kita menyatakan
"bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian"


Tapi sebenarnya saya dah buntu haahahhaha.

Thursday, December 16, 2010

Buaya terdampar!!

hari ni terbaca harian metro tentang merancang perlancongan dengan betul. Antara faktanya, pastikan perancangan dilakukan 6 bulan sebelum. Rasa macam tergelak sikit sebab masa nak pergi Teluk Cempedak ni hari tu tak rancang sangat pun..... Akhirnya dari TC bertukar ke Cherating pulak huhuhuhu.

Sebenarnya tersalah arah masa nak cari Teluk Cempedak hari tu. tersasar pulak ke Cherating huhuhuhu. But blessing in disguise, it turn out to be a place I think I would probably come over and over again in da future huhuhu.





Berita penemuan seekor buaya terdampar di tepi pantai Teluk Cempedak membuatkan saya terasa perlu pergi juga ke pantai berkenaan. tapi semua pun dalam keadaan yang baik, semua pengunjung macam tak sedar pun apa-apa berlaku... mungkinkah disini terdamparnya buaya itu huhuhuu

all in all, in turn out to be the best journey this year huhuhuhuh.

Tuesday, December 14, 2010

Vivi hilang dara

Dulu kalau cuti, asyik-asyik pergi shopping. Menghabiskan duit sahaja. Tapi sekarang nak bertukar ke jalan-jalan. Sekarang ni Myvi dah keluar huhuhuhu. Jalan sakan la.

Buat masa ni dah berjanji akan pergi ke Melaka untuk melawat Maklong. Esok nak pergi TC. Teluk Cempedak here i come!!!! Next visit to Johor pulak nak melawat Aunty Sarimah. Tapi tunggu diorang balik dari Canada dulu.


Mum.... I miss you, cepatlah balik.....


Hari kedua, dah pergi Port Dickson - Putrajaya - LCCT. Tapi bertujuanlah jugak, sebab ambik kakak Din (with her friend). Bukannya sebelum ni tak boleh jalan jauh-jauh, tapi faham-faham je lah kan, kereta iswara tu model 1993 hahaha. Sebelum nih dah pernah masukkan pic kereta tu, masa tengah hantar repair.

But unfortunately, baru masuk hari ke-4, Vivi dah hilang dara..... to all, i name my car Vivi yer huhuhuh....... tak pasal-pasal kena ambik fries from Kepong...... to all Mcd Manager, they will know the term kereta Mcfood huhuhuhu. Harap-harap pada masa hadapan tak perlulah guna Vivi untuk mengambil barang, sian kat dia huhuhuhu.

Tak sabar rasanya nak pergi TC esok.... dan tak sabar nak masuk kan entry blog nanti.... nantikan lah ye huhuhuhuh.

Thursday, December 9, 2010

Blood is thicker than water

Sebelum ni tak pernah memahami frasa @ peribahasa ni dengan mendalam. Tetapi akhir-akhir ini keluargalah yang menjadi tempat untuk berkongsi masalah, suka duka, persoalan yang tak terjawab, semuanya terlerai bila kita bersama keluarga.




Sekarang ni memandangkan usia yang telah meningkat dewasa, banyak membuatkan kita menjadi lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, membuatkan kita menjadi contoh, bahan eksperimen, kes-kes, dalam aktiviti atau keputusan yang kita ambil. Dah jadi macam bahan rujukan pulak kita ni kan, yang di katakan semakin dewasa.
Rasanya boleh tak kehidupan kita ni dijadikan tesis untuk adik-adik kita kelak?
tepuk dada tanya selera huhuhuhu.

Tuesday, December 7, 2010

Vacation




Chedoq, Rompin Pahang. Minggu lepas aku pergi ke satu resort ni kat Rompin, ok la tempat tu. Kalau korang nak yang five star hotel service, not recomended lah. but just to have a great time with ur love one okla.

Tempat tu macam baru nak develope, but banyak perkembangan dari apa yang diberitahu oleh mereka yang pernah pergi last year. The most popular activity is berkayak and berkaraoke.

well what is worth is to spend time with my relatives and get to know them better. But alas I miss my mum coz she is away to canada with aunty Sarimah and family. well next year kita rancang lagi trip ye. there have been a suggestion to go to Sabah beramai-ramai. harap-harap menjadi lah rancangan ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...