Pages

Friday, June 26, 2015

Puasa hari ke10 2015

Esok hari sabtu masuk keja trus buat jadual. Rasanya penat mencari barang je for sure....
     Rupa rupanya double shift daaa. Amik ko. Tapi ok la cuti esok nya alhamdullilah
Terasa bahang buat jadual sekarang ni tgh takde crew lol. Tarik line apa yang ada jer
     Cepat la dapat crew baru lagi. Tgh pening buat jadual ni lol...

Puasa hari ke-9 2015

     Salam Ramadhan yang ke-9 semua. Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas sekali. Pejam celik dah hampir sepuluh hari berpuasa. Tahu tahu dah Raya. Hari ni saya nak berkongsi dengan semua aktiviti yang saya buat pada bulan Ramadhan ni. Tahun tahun dulu saya tak suka sangat nak berkebun, tapi dengan hobi yang baru ni, masa berpuasa pun saya gagahkan jugak untuk jenguk-jenguk pokok orkid yang makin  sihat kat taman my mama. Walau pun semua bunga tu my mum punya, tapi saya yang menjaganya sampai gemuk2 semuanya. Alhamdullilah tahun ni ada lah bunga masa Hari Raya ni, huhuhuhu.
     Banyak tips yang saya dapat dari IG ORCHIDANDPUPPIES, dimana dia menggunakan teknik bareroot. Ramai yang tertanya apa tu teknik bareroot kan? Teknik ni adalah penanaman orkid yang tidak menggunakan sebarang media tanaman. Apa yang diamalkan adalah merendamkan urat urat di dalam air selama 2 hari dan membuang airnya dan dibiarkan terdedah pada udara selama 5 hari. Proses ini diulang pada minggu berikutnya. Apa yang pasti semua pokok orkidnya berbunga dengan banyak dan semua pokok sihat belaka.... 
     Saya masih baru menggunakan teknik ni. Saya akan share dengan semua kalau teknik yang digunkan ni berjaya.... Harap harap biarlah dapat ditunjukkan masa Hari Raya ni yeay...

Saturday, November 8, 2014

My notes

My notes

Monday, November 3, 2014

My notes

Saturday, October 18, 2014

Lavender

     Pagi yang indah dimulakan dengan perkara yang indah. Mudah-mudahan perkara-perkara yang tidak baik berlaku mempunyai hikmah yang tersembunyi disebaliknya.
     Pagi ni ada sedikit tegang tetapi apa yang berlaku seterusnya meleraikan banyak perkara mudah-mudahan.
     Alhamdullilah pagi ni aku cek lavender yang along bagi aritu dah start bercambah. Tomato dah tak payah tengok dah sebab semuanya pun bercambah sendiri. Bendi yang mama tanam pun dah bercambah alhamdullilah.... sekarang ni tunggu chinese lantern je yang tak menampakkan hasilnya. Moga- moga menjadi lah sebab ada lah kesinambungan lawatan ke Germany hari tu. Tunas baru ros Mania pun dah banyak tinggal nak transfer ke pasu je kalo akar dah ada la...
Semua memori di Nurenberg akan tersemat di My Mum Little Garden.
     Even kangkung dan kunyit pun jadi. Kita tunggu je hasilnya ye. Adalah penting untuk mengalih perhatian mama dari semua masalah yang di hadapinya. Aku tak boleh masuk campur tapi I will always be there to listen to your problem. Kita try sibukkan diri dengan mengamalkan kitar semula di mana kita boleh menghasilkan duit dan menyelamatkan alam sekitar ok...

Friday, October 10, 2014

How to generate money with solar

Hari ni aku rasa tertarik dengan artikel yang aku baca mengenai tenaga baharu iaitu tenaga solar.
Rasa minat tu timbul bila aku pergi Germany haritu.... tengok rumah-rumah kampung pasang tenaga solar untuk kurangkan kos perbelanjaan di sana.
Bila balik Malaysia, aku pun cuba lah cari artikel artikel yang berkaitan dengan tenaga solar ni. WOW... sungguh tak percaya yang kita boleh jana duit kalau dibuat dengan betul.
Selain tenaga solar, sekarang ni aku tengah cari cara macamana nak jana duit dengan mengitar semula plastik, botol kaca dan tin. Semua ni pun terbit masa di Germany. Kita sebenarnya boleh buat jugak kat Malaysia ni kalau kita rajin dan kita percaya dengan amalan mengitar semula. Tong kompos dah beli... tinggal nak buat composter sahaja. Lepas ni se isi keluarga akan mengamalkan tabiat kitar semula la jawap nya. Huhuhu
Kalau boleh dengan beliau sekali diajak untuk recycling. Impossible? We will try huhuhu.

Thursday, October 9, 2014

New plant for the garden

Two new plant going to be introduce to the garden
Chinese lantern tree and lavender from Along's from Nurenberg.
Hope the seeds will germinate in another two weeks. We will see whether it grows or not. The rose cutting are doing well and are actually sprouting new leave. The one from Ranata cutting could not make it though. We will give it another 3 week or so before we plant it. Cannot wait.....

Coffee in the morning

     Dulu susah nak kinum coffee sebab rasanya tak dapat apa apa pun. Selalu tertanya... betul ke minum coffee tak akan tidur. Betul ke akan ketagih coffee kalau tak minum sehari. Betul ke akan kembung perut kalau minum coffee. Betul ke minum coffee ni untuk orang tua je.
       Since balik dari Gemany haritu, aku try lah praktik kan minum coffee di pagi hari. I think I like this lifestyle.... bangun pagi, bancuh coffee, baca paper kat garden. Semua tu aku akan buat sebelum orang lain bangun pagi-pagi. Have a light breakfast and a little bit of gardening. All this during my rest day or leave. Hmmm what a changes cause I couldnt do it before this.
     Now Im having coffee while waiting to go to work after a light breakfast of mee hun goreng and a round egg with sambal on the side. No rushing, more relaxing and energising.
     To the question I wrote earlier.... it is all about the choices you make not about the reason you created. You yourself know better who you are and how your body works. Choose which is better and dont make excuses for the choice you make .... cheerss

Tuesday, October 7, 2014

Ikea Jam

Hari ni gi shopping at ikea
It was jammed with people yoo .

Luckly jumpa familiar face .... uncle udean monde... dating eaa huhuhu

Anyway the person in front of us bought RM10000 worth of purchase. Gila shopping namanya. Pindah rumah baru kot tu pasal da macam beli barang borong da

Monday, October 6, 2014

Hobby baru

Sekarang ni rajin benar nak berkebun
Semua pokok ros pun berdaun lebat tak macam sebelum ni tinggal tunggul je.
Banyak betul tips yang saya cari untuk pasti kan pokok ros tu rajin  berbunga.
Hasilnya sangat memuaskan hati. Sekaarang ni nak mengamalkan konsep recycling pulak. Ingat kat German je ke boleh diamalkan. Insayallah saya akan terapkan kat semua ahli keluarga supaya lebih rajin mengitar semula.

Friday, October 3, 2014

Start your day

Selamat pagi semua

Lamanya lak hai tak update blog ....
Sekian lama baru sekarang nak update.
With new hobby and new life style. Let start your day with a coffee and good breakfast everyone huhuhu.
Lets see how i can adapt to this new life style huhuhu.
Yang pastinya morning in the garden is so stress free and energise my energy.

Friday, March 2, 2012

Sekarang Saya Dah Kahwin

Everything happen like lightning fast. The last post was during our fisrt date...

This post was updated 8/10/2014. Im married and it has been a wonderful 2 years and 8 month of marriage life.
Zuhayr Dayn Bin Mohd Zairul Izwan is my fisrt baby boy and he is like a ray of sunshine in our life. Walaupun pergolakan yang tengah berlaku .... tak kurang kasih sayang yang diperolehi dari orang-orang di sekelilingnya.

Daddy akan cuba melakukan yang terbaik untuk adik selagi termampu dilakukan oleh badan ini. Apa yang diharapkan adik akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang .....

Dayn, daddy and mummy love you soooo much

Friday, July 22, 2011

Divas and Devas

Sabtu dan Ahad yang lepas menyaksikan persembahan tarian dari 10 orang choreographer dari Astana Studio, yang terletak di Brickfield. Persembahan di adakan di Actor Studio Lot 10 dimana mereka mempamerkan gerakan dari tarian Indian klasikal dan kontemporori.

This was writen on our first date at nasi ayam hainan if you remember it..... (2014)

Monday, May 30, 2011

Eureka!!


Godek punya godek, akhirnya aku dah memahami Adobe. Sekarang ni cam senang je nak melukis. Kat atas adalah hasil lukisan aku yang kelima setelah mencuba beberapa kali untuk memperbaiki stroke colouring huhuhuhuhu. Kat bawah lak adalah hasil lukisan setelah berhempas-pulas memahami konsep layering.... senang jer rupanya hahuhuhuhu

Wednesday, May 11, 2011

Hello Stranger

Sudah lama tak tengok cerita romantik komedi yang best since While You Were Sleeping lakonan Sandra Bullock dengan Bill Pullman. Cerita ni dah lama dah, dan sesiapa yang pernah tengok pasti rasa ada sesuatu dengan cerita ni.

Tapi hari ni aku tengok pulak cerita Hello Stranger, cerita Thailand. Tak sangka inti patinya sama dengan cerita WYWS. Cerita-cerita romantik yang lain yang aku tengok sebelum ni semuanya macam kosong jer, tak ada mesej yang tertentu. Tapi cerita ni memang best, aku memang sarankan orang lain pergi tengok ye huhuhuhuhu.

Monday, May 9, 2011

Tahniah Adik, Selamat Pengantin Baru



Kepada kawan aku sorang ni, aku nak ucapkan selamat pengantin baru ye. Walaupun majlis ni di buat di Batu Pahat, aku tetap gagahkan jua nak pergi, hmm tido pun 15 minit je sebab balik latenite. Tapi apa-apa pun tahniah dan moga berkekalan hingga ke anak cucul

Thursday, April 28, 2011

Yeehaaaa, dah lepas azab

Berakhir sudah penyeksaan ku. Secara rasminya aku dah tak pegang jadual lagi..... B.E.S.T!!!!
Walaupun aku rasa, masa puasa ni aku jugak yang amik balik tapi masih lambat lagi.... aku ada masa 4 bulan lebih untuk rasa kebebasan ini HAHAHAHAHAHAHAHA

Bukannya tak suka pegang jadual, biasa-biasa je, tapi masalahnya dah lama sangat, dah 3 tahun dah, kasi la sikit masa untuk aku rehat jap dari mengurus masa mereka hahaha, bermadah lak. Orang kata sharpen the saw......

Tapi tak bermakna aku sekarang bebas 100%, sebabnya ada banyak lagi benda baru yang kena belajar.... nak uruskan duit lak ahaiii. Takpe tak kisah janji aku dan jadual di pisahkan hahaha, SUKAAAANYAAAA

Wednesday, April 27, 2011

Lens Dah cukup

Sekarang ni, aku dah ada semua lens yang aku nak pakai. Aku rasa aku tak nak beli makro sangat sebab makro ni susah sikit lah. Yang aku ada bukan la yang mahal mana pun, mana yang aku mampu jer. Lepas ni dah taknak beli lagi, kalau nak beli pun aku nak beli yang 18mm-200mm, sebabnya senang kalau nak travel jauh... tak yah bawak banyak-banyak huhuhuhu. wide lens macam menarik tapi M.A.H.A.L. Tak larat nengok harga lens tu... fening kepala terus huhuhuhuhu.

Hari ni dengan jayanya telah membeli lens 55mm-250mm. Lens ni tak la sehebat mana tapi mencukupi untuk aku guna sebagai unjuran dari lens kit aku asal (18mm-55mm). Sebab kenapa aku beli adalah kerana masa Showcase Dance Kat UM aritu, aku tiba-tiba terasa macam terkongkong sebab takleh nak pergi dekat-dekat dengan pentas, sebab banyak VIP. Panas jer tengok orang pakai 200mm ngan 300mm. Abang Lat punya takyah tanya la kan. Jadi dengan tiba-tiba mendapat hidayah untuk membeli lens yang baru....... Tak sabar nak guna untuk show-show akan datang.

Maka dengan itu, sekarang ni tengah giat belajar macam mana nak freeze pergerakan penari, pada masa yang sama dapat menangkap segala detail pada baju dan ekspresi muka penari...... Kalau setakat guna kit lens, hampir mahir dah tapi masih perlu diasah lagi, tapi kalau nak zoom-zoom dari jauh ni masih baru lagi..... jadi sesiapa yang boleh ajar tu, sila-sila kan lah ye huhuhuhuhuhuhuhhu..... Sekian

Thursday, April 21, 2011

Melaka oh Melaka



Cuti-cuti ni pergi jalan-jalan pun bestkan... Jadi kali ni aku pergi Melaka, rumah paklong aku. Masa pergi tu pun kurang sihat, macam kena selsema, sakit satu badan. Lemau 24 jam.

Tapi masa kat sini aku ayik merayau je ngan paklong and maklong. Tak pernah aku nengok orang yang rajin pergi cari tempat makan, merata diorang bawak, semua gerai yang feveret paklong aku dia bawak pergi. Alkisahnya, perut dok kembung sebab sekarang ni dah jarang-jarang makan tak tentu masa. Tapi orang dah ajak, pepatah cakap rezeki jangan ditolak kan....

Sekarang ni aku dah nak balik kampung (Rembau). Tapi sekejap lagi paklong nak bawak makan kuih kat kedai untuk makan petang.... hmmm macam-macam , apa-apa pun kali ni banyak aku tahu tentang paklong yang selama ni belayar je 2-3bulan kat laut, jumpa pun jarang-jarang....

Tq paklong and maklong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...