Pages

Wednesday, April 27, 2011

Lens Dah cukup

Sekarang ni, aku dah ada semua lens yang aku nak pakai. Aku rasa aku tak nak beli makro sangat sebab makro ni susah sikit lah. Yang aku ada bukan la yang mahal mana pun, mana yang aku mampu jer. Lepas ni dah taknak beli lagi, kalau nak beli pun aku nak beli yang 18mm-200mm, sebabnya senang kalau nak travel jauh... tak yah bawak banyak-banyak huhuhuhu. wide lens macam menarik tapi M.A.H.A.L. Tak larat nengok harga lens tu... fening kepala terus huhuhuhuhu.

Hari ni dengan jayanya telah membeli lens 55mm-250mm. Lens ni tak la sehebat mana tapi mencukupi untuk aku guna sebagai unjuran dari lens kit aku asal (18mm-55mm). Sebab kenapa aku beli adalah kerana masa Showcase Dance Kat UM aritu, aku tiba-tiba terasa macam terkongkong sebab takleh nak pergi dekat-dekat dengan pentas, sebab banyak VIP. Panas jer tengok orang pakai 200mm ngan 300mm. Abang Lat punya takyah tanya la kan. Jadi dengan tiba-tiba mendapat hidayah untuk membeli lens yang baru....... Tak sabar nak guna untuk show-show akan datang.

Maka dengan itu, sekarang ni tengah giat belajar macam mana nak freeze pergerakan penari, pada masa yang sama dapat menangkap segala detail pada baju dan ekspresi muka penari...... Kalau setakat guna kit lens, hampir mahir dah tapi masih perlu diasah lagi, tapi kalau nak zoom-zoom dari jauh ni masih baru lagi..... jadi sesiapa yang boleh ajar tu, sila-sila kan lah ye huhuhuhuhuhuhuhhu..... Sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...